Monday, May 26, 2008

UNDER CONSTRUCTIONS!!!

Perhatian!

Laman blog ini masih lagi didalam pembinaanya. Masih tiada apa sumber yang boleh dimasukkan ke dalam blog ini.

Sekian, terima kasih.

Selesailah sudah...

Oh! Akhirnya selesailah sudah satu kewajipan aku sebagai penjawat awam. Korang tau tak ape kewajipan tu? Kewajipan tu adalah menghadirkan diri ke Kursus Induksi bagi membolehkan diri dilantik sebagai pekerja tetap dalam kerajaan.

Selalunya ramai penjawat awam ni akan pergi induksi lepas tu kena gi BTN @ Biro Tatanegara. Tapi aku lain aku kena pergi BTN ni dulu and induksi kemudian.

Bagi mereka2 yang gi induksi dahulu pastu baru gi BTN sure akan cakap BTN tak best. Sebab straight gila. Mana tak nye dok terperap je dalam kem tu tak dibenarkan keluar atau berhubung dengan orang luar.

Induksi lain sikit dari BTN. Induksi peserta akan dok kat hotel. Jadi kehidupan tu takde la rase terkongkong sangat. Jadual lak tak "pack" macam BTN. Class hanya ade 4 slot waktu siang and 1 slot waktu malam. Tu pun sampai pukul 10.30 je. Lepas tu aktiviti bebas. Ikutkan aktiviti bebas dalam kawasan hotel je. Tapi kalau fasilitator OK then boleh la kelua dari kawasan hotel tu macam kami. Hehehe...

----

Cerita time aku induksi hari tu...

Macam2 aktiviti aku buat masa induksi. Dari keluar cari burger tengah malam sampai la melepak tepi pantai dengan kawan2. Dalam induksi aku ni ade satu group budak lelaki yang diwarnai oleh beberapa orang budak pempuan yang kepala dorang agak sempoi. Dorang ni la yang kasi ceria sikit induksi ni. Sebab dorang suka buat kecoh.


Tapi aktiviti paling best and surprise aku rase time buat BBQ tepi pantai tanpa dirancang. Tapi dibalik tabir tu memang dah ade dalam perancangan la. Organizer geng lelaki & associated. Baik punye plan walaupun esoknya ade majlis makan malam and ade BBQ. Kami plan 3 hari untuk BBQ tepi pantai tu tanpa diketahui oleh peserta lain. Tapi yang magic nya menjadi gak plan tu sebab hampir 90% peserta join aktiviti malam2 terakhir induksi. Korang memang sporting la wahai geng induksi ku.


Setiap induksi malam last tu ade buat Majlis Makan Malam. Semua group mesti buat persembahan. Macam ade dari menari pocho2 sampai la pentomin. Malam tu semua enjoy habis yer la esok dah nak balik ke tempat kerja masing2. Tema malam tu Glamor and Traditional. Nak jadi kan cerita ada satu bundle dekat area hotel aku tu. Habis jaket kat bundle kena borong sebab nak kenakan dengan tema majlis tu.

Esok nya hari last semua akan kumpul kat dewan and sesi nangis2 untuk budak2 pempuan. Yang lelaki ni buat muka keras je la walaupun dalam hati ade gak rasa sedih. Mana tak nye 10 hari dok tengok and melayan muka tu aje.

Cadangan aku untuk korang yang baru masuk kerja dalam keraajan mintak la gi BTN dulu pastu baru gi induksi. Sebab time tu korang akan rase bertapa "heaven" nya induksi ni. Tapi BTN pun seronok jugak sebab banyak senaman.